Kepada ibu bapa dan waris SJKC Min Sin,
Mengenai perkara Penutupan Sekolah di Kawasan Zon Merah Di Daerah Barat Daya Pulau Pinang (6 NOV 2020 – 19 NOV 2020)
SJKC MIN SIN TIDAK BERADA Di Mukim 12, maka sekolah adalah BUKA.
- Mohon jasa baik ibu bapa sekiranya ada kalangan murid-murid yang tinggal di Mukim 12, murid-murid adalah TIDAK PERLU hadir ke sekolah bagi mematuhi PKPB untuk tujuan pencegahan penularan dan kesihatan awam.
- Bagi murid yang tinggal di sekitar kawasan Barat Daya dan perlu merentas Mukim 12 :-
• Ibu bapa/waris yang enggan menghantar anak belajar di sekolah, ibubapa/waris perlu memaklumkan kepada pihak sekolah secara bertulis.
• Pihak sekolah perlu mengeluarkan SURAT PENGESAHAN MURID bagi tujuan pergerakan murid ke sekolah.
(Diminta ibu bapa/waris memberikan nama anak, no KP anak dan kelas anak kepada guru kelas atau email sekolah: pbc1067@jpnpp.edu.my supaya SURAT PENGESAHAN MURID boleh dikeluarkan.)
- Google Classroom akan dijalankan sepanjang tempoh PKPB ini. Guru akan memberikan kerja rumah dalam Google Classroom mengikut Pdpc yang dijalankan dalam sekolah.
- Peperiksaan sekolah pada minggu depan akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian selepas PKPB. Murid-murid harus bersiap sedia selepas PKPB, peperiksaan akan dijalankan dengan serta merta.
Terima kasih. Harap maklum.