Pihak sekolah Min Sin merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan dan keyakinan tuan/puan terhadap sekolah ini kerana sudi menghantarkan anak anda belajar di sekolah ini.
Murid baru Tahun Satu 2017 dikehendaki memakai uniform sekolah dengan tag nama yang telah dibekalkan semasa menghadiri Hari Orientasi.
Waris yang datang dengan kereta, sila letakkan kereta anda di luar kawasan sekolah kerana tapak letak kereta dalam kawasan sekolah adalah terhad.Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.