Kepada ibu bapa dan waris SJKC Min Sin,

Mengenai perkara Penutupan Sekolah di Kawasan Zon Merah Di Daerah Barat Daya Pulau Pinang (6 NOV 2020 – 19 NOV 2020)
SJKC MIN SIN TIDAK BERADA Di Mukim 12, maka sekolah adalah BUKA.

  1. Mohon jasa baik ibu bapa sekiranya ada kalangan murid-murid yang tinggal di Mukim 12, murid-murid adalah TIDAK PERLU hadir ke sekolah bagi mematuhi PKPB untuk tujuan pencegahan penularan dan kesihatan awam.
  2. Bagi murid yang tinggal di sekitar kawasan Barat Daya dan perlu merentas Mukim 12 :-

• Ibu bapa/waris yang enggan menghantar anak belajar di sekolah, ibubapa/waris perlu memaklumkan kepada pihak sekolah secara bertulis.

• Pihak sekolah perlu mengeluarkan SURAT PENGESAHAN MURID bagi tujuan pergerakan murid ke sekolah.
(Diminta ibu bapa/waris memberikan nama anak, no KP anak dan kelas anak kepada guru kelas atau email sekolah: pbc1067@jpnpp.edu.my supaya SURAT PENGESAHAN MURID boleh dikeluarkan.)

  1. Google Classroom akan dijalankan sepanjang tempoh PKPB ini. Guru akan memberikan kerja rumah dalam Google Classroom mengikut Pdpc yang dijalankan dalam sekolah.
  2. Peperiksaan sekolah pada minggu depan akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian selepas PKPB. Murid-murid harus bersiap sedia selepas PKPB, peperiksaan akan dijalankan dengan serta merta.

Terima kasih. Harap maklum.